Datuk Talib Zulpilip.
Datuk Talib Zulpilip.
Mohd Roji Kawi


Kuching: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak di Bintulu, Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia, hari ini.

Setiausaha Sulit beliau, Ayu Sulaiman mengesahkan Allahyarham Talib menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Normah, di sini, pada jam 5.50 petang tadi.

Menurutnya, bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan dimasukkan ke hospital semalam.

Jenazah Allahyarham diuruskan di Kompleks Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya pada jam 7.30 malam dan dikebumikan pada jam 9 malam.

Allahyarham Talib, menjadi ADUN Jepak selama enam penggal dan pada Pilihan Raya Negeri 2021, beliau memenangi kerusi DUN Jepak dengan majoriti undi 4,243.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2023 @ 6:56 PM