Aliran trafik ke Plaza Tol Gombak menuju ke ibukota atau pantai timur sesak berikutan orang ramai pulang ke destinasi masing-masing. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
Aliran trafik ke Plaza Tol Gombak menuju ke ibukota atau pantai timur sesak berikutan orang ramai pulang ke destinasi masing-masing. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Aliran trafik perlahan di beberapa laluan di dua lebuh raya utama susulan orang ramai mula kembali ke ibu kota selepas cuti hujung minggu dan cuti umum sempena Hari Kebangsaan, hari ini.

Tinjauan menerusi akaun rasmi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sehingga jam 5 petang tadi mendapati trafik di beberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak perlahan.

Di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, trafik perlahan dilaporkan di Kilometer 302.2 arah selatan dari Gopeng ke Tapah.

Ia berikutan terdapat treler rosak yang menyebabkan lorong kiri terhalang dan aliran trafik perlahan di lokasi berkenaan.

Sementara itu, di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pula, trafik dilaporkan perlahan dari Karak ke Lentang dan Bukit Tinggi ke Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 September 2023 @ 5:35 PM