GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhamad Lokman Khairi

Manjung: Polis memburu dua lelaki terbabit dalam kejadian tembak di hadapan sebuah rumah tidak berpenghuni di tepi Jalan Utama Segari-Pantai Remis, petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa seorang lelaki berusia 26 tahun patah di pergelangan tangan kiri akibat ditembak ketika sedang berurusan jual beli sarang burung walid.

Ketua Polis Daerah Manjung, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.05 petang semalam.

"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, pasukan forensik berjaya menemui dua butir kelongsong peluru.

"Mangsa kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Seri Manjung. Motif kejadian masih dalam siasatan.

"Kes diklasifikasikan sebagai cubaan bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian berkenaan dimohon untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Inspektor Muhamad Irsyadiman Allmui di talian 011-17836233 untuk membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2023 @ 3:03 PM