Tiga suspek diiringi pegawai SPRM Labuan di Mahkamah Majistret Labuan. FOTO Ihsan SPRM
Tiga suspek diiringi pegawai SPRM Labuan di Mahkamah Majistret Labuan. FOTO Ihsan SPRM
Juwan Riduan


Labuan: Tiga individu termasuk dua pegawai pasukan seragam direman lima hari kerana disyaki menggunakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu bagi tujuan tuntutan tugasan rondaan berjumlah lebih RM100,000.

Perintah reman bermula hari ini hingga 7 Ogos itu dikeluarkan Majistret Lovely Natasha Charles selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Labuan, pagi tadi.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 tahun dipercayai ditahan kira-kira jam 2.30 petang semalam di pejabat SPRM Labuan.

Katanya, ketiga-tiga suspek yang bertugas di Labuan dan Tawau dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Ogos 2023 @ 2:23 PM