SUASANA sekitar hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK)N.13 Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di perkarangan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar.  FOTO Jamah Nasri
SUASANA sekitar hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK)N.13 Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di perkarangan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar. FOTO Jamah Nasri
Alias Abd Rani

Muar: Suasana di perkarangan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, tenang dengan kawalan ketat pihak berkuasa.

Ketika ini, belum ada kelibat penyokong kedua-dua parti tiba di dewan itu yang menjadi pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram.

Difahamkan, daripada maklumat awal, persaingan di Dun ini dijangka membabitkan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

Tarikh pengundian untuk Pilihan Raya Kecil (PRN) Dun Simpang Jeram berlangsung serentak dengan PRK Parlimen Pulai iaitu 9 September depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Ogos 2023 @ 8:52 AM