Mohamed Farid Noh dan Izz Laily Hussein

Johor Bharu: Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pulai, Zulkifli Jaafar yang juga seorang usahawan kelahiran Tampoi, diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Pulai pada

Pilihan Raya Kecil (PRK), 9 September nanti.

Pakar bedah vaskular dan endovaskular, Dr Mohd Mazri Yahya yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat serta Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor pula diumumkan sebagai calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram.

Pengumuman itu dilakukan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN Pulai, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau yang juga Timbalan Pengerusi PN, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Ali dan Pesuruhjaya Pas Johor Abdullah Hussin.

MUHYIDDIN (tengah) bersama calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Pulai, Zulkifli dan calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram, Dr Mohd Mazri di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN Pulai. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2023 @ 4:13 PM