Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Gombak: "Jangan tinggal solat, berkelakuan baik," itu pesanan terakhir Allahyarham Datuk Seri Johari Harun kepada anaknya Muhammmad Hafiz Naquiddin.

Muhammmad Hafiz, 22, yang ditemui selepas selesai memimpin bacaan talkin dan doa di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah kelihatan sugul namun tenang.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, pemergian bapanya itu amat dirasasi dirinya dan seluruh ahli keluarga mereka.

"Syukur kerana urusan dipermudah, cepat dikebumikan. Ini yang kita nak supaya mempercepatkan (urusan) pengebumian jenazah.

"Semua orang ada kenangan dengan ayah tak perlu saya kongsikan. Cuma selama (lebih) 21 tahun saya bersama ayah adalah kenangan sedih dan bahagia," katanya.

Pelajar jurusan bahasa Arab di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) itu meminta orang ramai mengirimkan doa kepada Allahyarham yang disifatkannya sebagai seorang yang pemurah.

"Ayah merupakan seorang dermawan, dan mudah mesra dengan rakyat. Saya minta, mohon semu rakyat agar berdoa kepada Allah SWT," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan jenazah Allahyarham yang maut dalam nahas pesawat di Elmina, Khamis lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, di sini, hari ini.

Jenazah Johari dibawa menaiki van jenazah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan tiba di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang untuk dimandi dan disembahyangkan, 9.45 pagi tadi.

Van membawa Allahyarham tiba di tanah perkuburan berkenaan bersama juru iring Polis Diraja Malaysia, 11.52 pagi.

Upacara pengebumian yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan Allahyarham selesai 12.15 tengah hari tadi.

Berita berkaitan:

Polis rakam keterangan 3 pemilik 'dashcam'

Anak imamkan solat jenazah Johari

Penyelamat pertama kongsi pengalaman

Tindakan pantas guru tadika selamatkan dua anak muridnya

Lokasi nahas pesawat jadi tumpuan orang ramai

Pengguna jalan raya rakam detik pesawat terhempas diminta tampil

Johari naik pesawat atas urusan kerja - Speaker DUN Pahang

Ujian DNA waris mangsa di IPD Klang Selatan

Agong, Permaisuri dukacita pemergian rakan akrab, Johari

Juruterbang Beechcraft berpengalaman luas - CAAM

10 pegawai forensik terbabit bedah siasat mangsa pesawat terhempas

Bukan hanya Datuk Johari, beberapa mangsa lain saya kenal rapat - Hamzah

Pesawat melencong ke kanan dari laluan penerbangan sebelum terhempas

PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat

Pesawat terhempas tragedi kedua di Elmina

'Semoga roh Allahyarham Johari dicucuri rahmat' - Speaker Dun Pahang

Adun Pelangai, Johari Harun antara korban nahas pesawat

Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas

Polis sahkan 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2023 @ 3:03 PM