GAMBAR tular kekecohan di KLIA. FOTO tular
GAMBAR tular kekecohan di KLIA. FOTO tular
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di balai ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Jun lalu.

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan baru memasuki hari keenam dan tidak munasabah untuk menyelesaikannya dalam tempoh berkenaan.

"Perkara ini saya dah sebut, pertamanya elemen rasuah yang perlu kita lihat dan dibuktikan seperti mana tohmahan, keduanya prosedur undang-undang yang perlu dipatuhi oleh pihak berkuasa (Jabatan Imigresen).

"Manakala ketiga apa-apa peraturan yang perlu dikuatkuasakan di KLIA secara umum iaitu perlu dipatuhi mana-mana pihak di KLIA dalam menguruskan mereka yang tidak dibenarkan masuk ke negara ini atau dikenakan tindakan Notis Penolakan Masuk (NTL) memasuki Malaysia," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, siasatan ini akan merangkumi pelbagai sudut yang perlu dilengkapkan SPRM.

"Semua pihak termasuk pengamal media digesa tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian yang mengatakan tiada elemen rasuah dalam kes berkenaan," katanya.

Pada 5 Julai lalu, SPRM mengesahkan sudah mengambil keterangan 14 individu berhubung dakwaan terdapat elemen rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota imigresen di pintu masuk negara.

Individu yang diambil keterangan termasuk seorang menteri, lapan kakitangan imigresen serta wanita warga China bersama rakannya dari negara sama.

Kekecohan di KLIA tular apabila seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan KLIA bagi melepaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Susulan itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing mengakui dirinya adalah menteri yang dikaitkan dengan kejadian itu dan mendakwa kehadirannya bagi membongkar kewujudan budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa kronik di pintu masuk negara.

Berita berkaitan:

Polis buka KEP kes kekecohan di KLIA babitkan Menteri Pelancongan

Notis penolakan pelancong China ikut prosedur

Polis terima satu laporan menteri ceroboh KLIA

Saya cuba 'lawan' budaya rasuah Jabatan Imigresen - King Sing

Pegawai Imigresen dalang video viral - King Sing

SPRM akan siasat dakwaan 'budaya rasuah' pegawai Imigresen di KLIA

KPISM kesal dengan tuduhan menteri

Menteri akui terbabit insiden kekecohan, dakwa bongkar rasuah di KLIA

JIM siasat laporan menteri buat 'kecoh' di KLIA

Polis belum terima laporan kekecohan di KLIA

Cuepacs gesa kerajaan, pihak berkuasa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA

Pemuda Umno desak Anwar pecat menteri buat 'kecoh' di KLIA

Menteri buat 'kecoh', tuntut bebaskan pelawat China ditahan di KLIA

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2023 @ 3:22 PM