DATUK Chong Sin Woon
DATUK Chong Sin Woon
BERNAMA

Kuala Lumpur: MCA tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bulan depan.

Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon dalam kenyataan hari ini berkata dalam tempoh ini, MCA sebaliknya akan menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), selain melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula parti itu.

"Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA hari ini selepas perbincangan, analisis serta mengambil kira situasi politik semasa," katanya.

Beliau berkata MCA akan memainkan peranan sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam membantu calon parti komponen BN pada PRN itu.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN di keenam-enam negeri dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2023 @ 5:46 PM