Pengarah CBT Solutions Sdn Bhd Amirruddin Nin hadir pada Keputusan Rayuan yang didakwa di bawah akta pengubahan wang haram, Mahkamah Tinggi. FOTO ASWADI ALIAS
Pengarah CBT Solutions Sdn Bhd Amirruddin Nin hadir pada Keputusan Rayuan yang didakwa di bawah akta pengubahan wang haram, Mahkamah Tinggi. FOTO ASWADI ALIAS
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini menetapkan perbicaraan selama 10 hari bermula Mei tahun depan membabitkan pengarah syarikat, Datuk Seri Sim Choo Thiam, yang berhadapan empat tuduhan meminta dan menerima rasuah RM15 juta.

Hakim Rozina Ayob menetapkan 6 hingga 10 Mei serta 13 hingga 17 Mei 2024 untuk perbicaraan kes itu selepas dipersetujui kedua-dua belah pihak.

"Sebelum bicara bermula, pihak-pihak (peguam Choo Tiam dan pendakwaan) ada masa untuk membuat sebarang permohonan berkaitan kes berkenaan.

"Pengurusan kes terakhir pada 21 Februari tahun depan bagi sebarang perkembangan terkini," katanya.

Terdahulu, peguam Choo Thiam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata, pihaknya mengemukakan surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 6 Jun dan 19 Jun bagi meminta agensi itu memberikan butiran terperinci berhubung tuduhan terbabit.

"Tiada respon rasmi daripada pendakwaan berhubung surat bertarikh 6 Jun. Kita kemukakan satu lagi surat bertarikh 19 Jun untuk dipertimbangkan apa yang dimohon, namun tiada juga respon.

"Atas sebab itu, kami akan memfailkan dua permohonan di mahkamah dengan mengambil kira Seksyen 153 dan 154 Kanun Prosedur Jenayah (CPC)," katanya.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad mengesahkan menerima surat terbabit, namun tiada keperluan untuk membalasnya.

"Surat sudah diterima. Berkaitan perkara ini, arahan diterima supaya mengekalkan butiran tuduhan itu.

"Terdapat 20 saksi pendakwaan dan akan menggunakan pernyataan saksi untuk bicara," katanya.

Pada 10 Mei lalu, Choo Thiam, 54, mengaku tidak bersalah terhadap keempat-empat tuduhan terbabit.

Bagi tuduhan pertama, Choo Thiam didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad pada Jun 2021.

Ia sebagai dorongan untuk seorang pegawai badan awam iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan apa-apa projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri pada Jun 2021.

Dia juga didakwa dengan tiga lagi tuduhan iaitu menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai berjumlah RM15 juta daripada individu sama sebagai dorongan untuk Hamzah melakukan perkara serupa.

Kesemua tuduhan dibuat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Rozina Ayob menetapkan 6 hingga 10 serta 13 hingga 17 Mei 2024 untuk bicara kes itu selepas dipersetujui kedua-dua belah pihak.

"Sebelum bicara bermula, pihak-pihak (peguam Choo Tiam dan pendakwaan) ada masa untuk membuat sebarang permohonan berkaitan kes berkenaan.

"Pengurusan kes terakhir pada 21 Februari tahun depan bagi sebarang perkembangan terkini," katanya.

Terdahulu, peguam bela Choo Thiam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata, pihaknya mengemukakan surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 6 dan 19 Jun, bagi meminta agensi itu memberikan butiran terperinci berhubung tuduhan terbabit.

"Tiada respon rasmi daripada pendakwaan berhubung surat bertarikh 6 Jun. Kita kemukakan satu lagi surat bertarikh 19 Jun untuk dipertimbangkan apa yang dimohon, namun tiada juga respon.

"Atas sebab itu, kami akan memfailkan dua permohonan di mahkamah dengan mengambil kira Seksyen 153 dan 154 Kanun Prosedur Jenayah (CPC)," katanya.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad mengesahkan menerima surat terbabit, namun tiada keperluan untuk membalasnya.

"Surat sudah diterima. Berkaitan perkara ini, arahan diterima supaya mengekalkan butiran tuduhan itu.

"Terdapat 20 saksi pendakwaan dan akan menggunakan pernyataan saksi untuk bicara nanti," katanya.

Pada 10 Mei lalu, Choo Thiam, 54, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap keempat-empat tuduhan terbabit.

Bagi tuduhan pertama, Choo Thiam didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad pada Jun 2021.

Ia sebagai dorongan untuk seorang pegawai badan awam iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan apa-apa projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri pada Jun 2021.

Dia juga didakwa dengan tiga lagi tuduhan iaitu menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai berjumlah RM15 juta daripada individu sama sebagai dorongan untuk Hamzah melakukan perkara serupa.

Kesemua tuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Jun 2023 @ 1:41 PM