GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia menahan seorang lelaki dipercayai pengendali akaun Facebook JDT Fan Club ditahan kerana memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi diraja dan Sultan Johor.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan semalam di Alor Setar, Kedah.

"Turut dirampas telefon bimbit dan kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran itu.

"Lelaki terbabit direman tiga hari sehingga 26 Jun ini dan siasatan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman," katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-mana raja, Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah jenayah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform media sosial sehingga boleh mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci terhadap agama, bangsa dan raja serta menggugat keharmonian negara.

Katanya, tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Jun 2023 @ 5:16 PM