Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Fasa 2 yang akan mula dibuka bermula 12.01 pagi ini. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Fasa 2 yang akan mula dibuka bermula 12.01 pagi ini. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Ampang Jaya: Polis teliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kemalangan maut membabitkan superbike Ducati yang terjatuh dari jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE), di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, setakat ini masih tiada tangkapan dilakukan berhubung kemalangan itu.

"Rakaman CCTV kejadian sedang diteliti dan dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Ampang semalam dan punca kematian kerana kecederaan berganda akibat kemalangan jalan raya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, polis sedang mengesan suspek yang menunggang motosikal melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut membabitkan motosikal Ducati Kilometer 22.2 Lebuhraya SUKE berhampiran Ulu Kelang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, penunggang motosikal Ducati Panigale iaitu lelaki warga emas berusia 60-an disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal ditunggang secara melawan arus di bahu jalan kanan.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kaki ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan SMART Sungai Klang dan disahkan meninggal dunia.

Berita berkaitan

'Ayah biasanya balik sebelum Zohor, solat di surau'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2023 @ 2:44 PM