Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Terpedaya dengan sindiket penipuan pekerjaan luar negara dan cinta menjadi antara punca berlakunya kes orang hilang, berdasarkan aduan yang diterima oleh Biro Aduan MCA.

Perkara itu didedahkan Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong yang berkata, 162 kes orang hilang diterima pihaknya sepanjang tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 62 kes berjaya diselesaikan iaitu pulang dengan selamat manakala 100 lagi kes belum selesai.

"Saya tidak pasti mereka yang hilang itu berada di mana dan terdapat pelbagai sebab kehilangan mereka. Mungkin juga ada antara mereka sudah selamat pulang tetapi tidak dimaklumkan kepada kami," katanya dalam sidang media di Pejabat MCA di sini, hari ini.

Selain itu, Michael berkata, bagi tahun ini sehingga Mei lalu MCA menerima lima aduan kes orang hilang.

Katanya, kes terbaharu membabitkan lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU), Joshua Chua Beng Hoe, 43, didakwa menghilangkan diri ke Kemboja selepas dipercayai terpedaya sindiket 'love scam.'

Kata beliau, kesemua kes berkenaan masih dalam tindakan pihaknya dan berharap semua mangsa dapat ditemui selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2023 @ 2:22 PM
CHUA menunjukkan gambar anaknya Joshua yang juga OKU (bisu dan pekak) didakwa dijadi mangsa love scam. FOTO Hazreen Mohamad
CHUA menunjukkan gambar anaknya Joshua yang juga OKU (bisu dan pekak) didakwa dijadi mangsa love scam. FOTO Hazreen Mohamad