PENJAWAT awam ditahan bersama lapan botol air ketum di Presint 9. FOTO Ihsan PDRM
PENJAWAT awam ditahan bersama lapan botol air ketum di Presint 9. FOTO Ihsan PDRM
Samadi Ahmad


Putrajaya: Seorang penjawat awam ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti pengedaran air ketum di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, sSuspek berusia 33 tahun itu ditahan di sebuah apartmen di Presint 9, pada 12.30 tengah malam menerusi Ops Tapis.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya turut menemukan lapan botol air yang disyaki mengandungi air ketum.

"Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 11 April lalu, polis turut menahan seorang penjawat awam berusia 36 tahun di daerah ini kerana menjual dan mengedar air ketum, selain merampas tujuh botol air ketum.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2023 @ 7:25 PM