RIDZUAN Hashim. FOTO arkib NSTP
RIDZUAN Hashim. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah atas pemergian pelakon terkenal tanah air Ridzuan Hashim yang meninggal dunia kira-kira 2 petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Fahmi menzahirkan perasaan sedih atas kehilangan pelakon yang memegang watak 'King' dalam filem KL Gangster itu.

"Innalillah. Sedih mendengar berita kehilangan pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim. Semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Amin," katanya.

Sementara itu, khabar pemergian Allahyarham itu disahkan bekas isterinya yang juga pelakon Didie Alias menerusi hantaran video di Instagram.

Menerusi video berdurasi 49 saat itu, beliau memaklumkan jenazah Allahyarham masih berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika ini.

"Saya mohon kepada semua sesiapa yang masih ada hutang bersama arwah boleh jumpa saya dan ampunkan, maafkan beliau," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2023 @ 5:12 PM