KENYATAAN yang dimuat naik PM menerusi akaun Twitter.
KENYATAAN yang dimuat naik PM menerusi akaun Twitter.
Idris Musa


PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa sedih atas tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan lebih 20 nyawa awal pagi ini.

"Innalillah. Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar dan korban lebih 20 nyawa. Moga roh dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah," katanya dalam catatan di laman Twitter hari ini.

Perdana Menteri masih berada di iuar negara selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald Trump di Amerika Syarikat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui catatan di Twitter beliau turut mengucapkan takziah buat keluarga mangsa.

"Salam takziah buat keluarga anak-anak tahfiz Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar pagi tadi. Semoga dicucuri rahmat Allah. Al Fatihah," katanya.

Sehingga kini, seramai 22 pelajar dan dua guru dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 5.15 pagi, yang memusnahkan seluruh tingkat paling atas bangunan pusat tahfiz tiga tingkat berkenaan, di Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur.

Enam pelajar lain dan seorang awam dilaporkan turut cedera.

Berita berkaitan

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 12:31 PM