KENDERAAN yang terbabit dalam nahas di Lebuhraya Kesas semalam. FOTO Ihsan JBPM.
KENDERAAN yang terbabit dalam nahas di Lebuhraya Kesas semalam. FOTO Ihsan JBPM.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Subang Jaya: Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 35 Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala Shah Alam, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 11.44 malam.

"Kemalangan membabitkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Proton Wira.

"Kesemua mangsa yang berkenaan dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dua mangsa mengalami kecederaan ringan manakala seorang mangsa wanita berusia 27 tahun disahkan maut di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2023 @ 4:55 PM