Keadaan motosikal mangsa yang bergesel dengan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah Klang ke Subang Jaya, pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM
Keadaan motosikal mangsa yang bergesel dengan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah Klang ke Subang Jaya, pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Subang Jaya: Seorang wanita meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bergesel dengan basikal di lorong motosikal, Kilometer 34.5, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari arah Klang ke Subang Jaya dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.50 pagi itu, Siti Nur Hidayah Mustafa, 26, yang menunggang Honda RS150 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Kamaludin Mohamad berkata, mangsa tercampak sejauh kira-kira empat meter ke depan dan terkena tiang lampu yang berada di sebelah kanan lorong motosikal.

“Penunggang basikal turut terjatuh di tengah jalan namun hanya cedera ringan dengan luka di lutut, tangan kiri dan pipi,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2017 @ 9:16 PM