Siri HONOR 90, dilancarkan bulan lalu di Malaysia dan telah mendapat pujian di kalangan pelanggan - FOTO HONOR
Siri HONOR 90, dilancarkan bulan lalu di Malaysia dan telah mendapat pujian di kalangan pelanggan - FOTO HONOR
Nurshafika Suhaimi

Selepas dilancarkan Julai lalu, siri HONOR 90 5G dan HONOR 90 Lite mendapat sambutan luar biasa di jerayawara di IOI City Mall.

HONOR 90 pilihan terbaik pengguna

Siri HONOR 90 ini hadir dengan penanda aras baharu dalam fotografi telefon pintar dan perlindungan mata yang inovatif dengan tiga spesifikasi berbeza serta pelbagai ciri hebat yang lain. 

Lebih istimewa, siri ini dilengkapi dengan kamera Super Sensing 200 megapiksel (MP) untuk bahagian belakang dan kamera hadapan Super Clear 50MP bagi menghasilkan foto high dynamic range (HDR) terbaik dan terperinci, sama ada dalam suasana cahaya terang mahupun rendah.

Menurut Fahmie Izwan, seorang jurugambar yang menggunakan HONOR 90, kamera 200MP dimiliki siri HONOR 90 dapat memberikan kejelasan dan ketajaman yang baik.

"Setelah menggunakan HONOR 90 dalam beberapa minggu, ia memberikan pengalaman dan hasil gambar yang baik walaupun dalam cahaya kurang, saya sangat berpuas hati dan prestasi luar biasa HONOR 90 patut diberi pujian," katanya

Bukan itu saja, HONOR 90 turut dilengkapi dengan aplikasi kamera dengan ciri kecerdasan buatan (AI) baharu seperti AI Vlog Assistant, AI Video Quality Enhancement, yang menyokong mod HDR tersendiri bagi membolehkan pengguna mengambil gambar mod resolusi tinggi.

Tangkapan waktu senja dengan cahaya backlit masih mampu tampak naik dan terperinci - Kiri Azha Pekan, Kanan Mohd Shaifuddin

Hasil tangkapan mod malam auto yang dilihat cukup memuaskan dengan warna tajam serta butiran menakjubkan - FOTO Kenji Ooi

Peranti ini memiliki sensor 1/1.4 dengan teknologi piksel setara 16-dalam-1 dengan kejelasan dan butiran yang tiada tandingan, sekali gus membawa fotografi ultra ke satu tahap baru.

Selain itu, HONOR 90 5G juga memperkenalkan teknologi skrin paparan perlindungan mata dengan pengaturan cahaya tanpa risiko yang pertama di dunia.

Peranti ini juga dilengkapi dengan paparan 'Dynamic Dimming' yang menyerupai cahaya semula jadi untuk mengurangkan keletihan mata, serta teknologi Circadian Night Display HONOR yang menapis cahaya biru dan menggalakkan rembesan melatonin semula jadi.

Mod ini boleh memastikan mata pengguna tidak sakit ketika menggunakan peranti di waktu malam atau dalam suasana yang gelap, sekali gus dapat meningkatkan kualiti tidur pengguna pada waktu malam.

Ia juga dilengkapi teknologi pemalapan PWM frekuensi ultra tinggi 3,840Hz HONOR 90 5G diperakui Bebas Flicker TÜV Rheinland dan mencapai tahap pemalapan bebas risiko.

HONOR 90 5G dilengkapi bateri berkapasiti lebih besar iaitu 5,000 mAh dengan ciri sokongan pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge yang boleh dicas sehingga 45 peratus dalam masa 15 minit saja (bermula dari 3 peratus).

Untuk menampilkan kelainan pada peranti kali ini, HONOR 90 hadir dengan rekaan yang lebih eksklusif dan unik bagi menepati ciri-ciri pilihan pengguna.

Siri HONOR 90 tampil dengan tiga warna menarik seperti Peacock Blue, Diamond Silver dan Emerald Green.

Warna Peacock Blue khusus buat pengguna moden, romantis dan bergaya dengan corak seakan bulu burung merak dengan batu permata opal yang berubah warna mengikut cahaya yang disuluh pada belakang peranti. 

Warna Diamond Silver pula menampilkan corak cengkaman berlian yang halus namun menarik yang terukir halus di bahagian belakang.

Ia ringkas, mewah dan kelihatan elegan, diilhamkan oleh corak grid berlian yang boleh dilihat dalam barang kemas mewah.

Manakala, warna Emerald Green adalah pilihan klasik dan abadi dengan tekstur sejuk yang licin.

Skrin melengkung jelas menampakkan lagi ciri sebuah peranti premium.

Tidak hairanlah siri HONOR 90 mendapat sambutan luar biasa kerana prestasi cemerlang yang dimiliki dengan harga mampu milik bermula RM1,799 sahaja untuk siri HONOR 90 5G varian 12+256GB dan RM2,099 untuk varian 12+512GB.

Bukan itu sahaja, mereka yang membeli peranti ini di jualan itu akan mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM647, termasuk HONOR Earbuds X5, jaminan lanjutan 1+1 tahun, dan perlindungan retak skrin selama 180 hari.

Sementara itu, HONOR 90 Lite berharga RM1,099 untuk varian 8+256GB sesuai untuk pilihan yang lebih mampu milik.

Dapatkan siri HONOR 90 di HONOR Experience Store, laman sesawang rasmi HiHONOR, Lazada, Shopee, Courts, Harvey Norman, Senheng, SenQ, Urban Republic, Maxis, Yes dan pengedar sah HONOR hari ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri HONOR 90 layari pautan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Ogos 2023 @ 9:52 AM