Lynn, salah seorang individu autisme yang menghidapi ‘autism spectrum disorder’ (ASD) dan ‘attention deficit hyperactivity disorder’ (ADHD) berkongsi kisahnya bersama SAYS.
Lynn, salah seorang individu autisme yang menghidapi ‘autism spectrum disorder’ (ASD) dan ‘attention deficit hyperactivity disorder’ (ADHD) berkongsi kisahnya bersama SAYS.
Nur Aisah Jumfrizal

SEMPENA bulan Kesedaran Autisme Sedunia, platform berita sosial SAYS melancarkan kempen 'Segalanya Tentang Autisme' yang bertujuan untuk memperjuangkan kesedaran dan penerimaan autisme.

Pelbagai usaha dilakukan bagi melancarkan kempen ini termasuklah mewujudkan halaman khas di laman web SAYS bagi membolehkan rakyat Malaysia membaca, menonton dan mengetahui lebih lanjut mengenai gangguan spektrum autisme.

SAYS turut memulakan kempen berkenaan dengan menghasilkan video pengalaman yang menampilkan 'sensory overload' yang biasa dihadapi oleh individu autisme dan sudah mencapai 1.2 juta tontonan sehingga kini.

SAYS memberi peluang kepada penonton untuk merasai dan mengalami deria penglihatan dan deria bunyi golongan autistik ini. 

@saysdotcom Around 8 in 10 autistic people process sensory information differently. Some are over-sensitive, some are under-sensitive. This is what it's like to experience sensory overload. Join us as we learn All About Autism ❤️ #AutismOnSAYS #KasihiAutism ♬ original sound - saysdotcom

SAYS akan menganjurkan dua acara sekali gus pada 14 April 2023 dan anda dijemput beramai-ramai untuk menyokong acara berkenaan.

Sertai SAYS bersama pempengaruh Tiktok

SAYS akan bersiaran secara langsung di TikTok selama enam jam dari 12 tengah hari hingga 6 petang, dengan matlamat bagi mengumpul dana untuk NASOM. 

Sepanjang strim langsung selama enam jam, SAYS akan bekerjasama bersama pempengaruh TikTok yang menghidap autisme, untuk menghiburkan dan mendidik orang awam.

Ikuti @saysdotcom di TikTok untuk menonton strim langsung.

Alami video VR 360° bersama PICO

Image

SAYS akan mengeluarkan video VR 360° mengasyikkan yang boleh dialami bersama PICO hasil kerjasama TikTok dan syarikat peranti pintar terkemuka, PICO.

Acara ini akan berlangsung di PICO Sunway Piramid bermula dari 11 pagi hingga 2 petang.

Orang ramai dijemput untuk menyertai pelancaran ini dan merasai sendiri pengalaman 'sensory overload'. 

Kumpulan bermain mesra autisme

Mesej utama kesedaran dan penerimaan autisme ini adalah mewujudkan ruang yang selamat untuk semua individu normal. 

Selaras dengan ini, SAYS akan bekerjasama dengan syarikat Golden Screen Cinema (GSC) untuk menganjurkan kumpulan khas untuk golongan kanak-kanak yang mengalami gangguan spektrum autisme bersama keluarga mereka.

Acara ini akan diadakan pada 14 Mei 2023 bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari bertempat di GSC, 3 Damansara.

Selain daripada dapat bermain dan hadiah percuma, setiap keluarga juga berpeluang untuk menonton tayangan percuma 'The Super Mario Bros. Movie' di pawagam 'sensory-friendly' GSC. 

Inisiatif SAYS disambut baik oleh ibu kepada seorang individu autisme yang merupakan Ketua Rangkaian Inggeris, REV Media Group (RMG) Laila Zain.

"Sebagai ibu kepada anak lelaki autistik berusia 14 tahun, saya teruja untuk dapat menggunakan platform SAYS untuk menyebarkan kesedaran dan penerimaan autisme. 

"Malaysia agak ketara jauh ketinggalan apabila memahami individu neurodiverse dan saya berharap kami boleh membantu menggerakkan sesuatu untuk manfaat semua orang," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif RMG Samuel Wee berkata, kempen 'Segalanya Tentang Autisme' itu adalah lanjutan daripada nilai teras di REV untuk merangkumi semua lapisan masyarakat.

"Sebagai sebuah syarikat media, kami melihatnya sebagai tanggungjawab kami untuk menyebarkan kesedaran dan pemahaman, terutamanya apabila menyentuh topik penting, seperti kesedaran autisme, ia mungkin terlepas pandang," katanya.

Pengarah Pengurusan Kumpulan Media Prima Berhad Rafiq Razali berharap inisiatif ini menjadi platform kepada rakyat Malaysia autistik untuk berkongsi cerita mereka dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang autisme.

"Harapan kempen 'Segalanya Tentang Autisme' ini adalah untuk mempromosikan keterangkuman dan pemahaman dengan meringankan cabaran yang dihadapi oleh individu autisme dan keluarga mereka," katanya.

Orang ramai dialu-alukan untuk mempelajari 'Segalanya Tentang Autisme' dan mendaftar untuk kumpulan bermain di https://says.com/allaboututism.

Untuk maklumat lanjut, layari laman media sosial SAYS di Facebook, Twitter, Tiktok dan Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2023 @ 9:48 AM