Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan meluangkan masa bergambar di Jambatan Kedua Pulau Pinang semalam.

Baginda berdua yang dalam perjalanan berangkat ke Kepala Batas, Pulau Pinang turun daripada kenderaan rasmi untuk bergambar.

Seri Paduka Baginda dijadual menyempurnakan majlis perasmian Masjid Jamek Ar-Rahmani, Kampung Banggol, Kepala Batas.

Manakala Raja Permaisuri pula menyempurnakan majlis pengurniaan sumbangan kepada penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan, Kepala Batas.

Yang di-Pertuan Agong luang masa bergambar di Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Yang di-Pertuan Agong luang masa bergambar di Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Selain itu, baginda berdua juga dijadual berangkat ke majlis sambutan Nuzul al-Quran dan majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Baginda berdua berada di Pulau Pinang dalam lawatan tiga hari bermula semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2023 @ 3:37 PM