AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah  berkenan melawat Bazar Ramadan Tanjung Tokong. FOTO Mikail Ong
AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Bazar Ramadan Tanjung Tokong. FOTO Mikail Ong
BERNAMA

Georgetown: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama kepimpinan kerajaan negeri di Seri Mutiara, kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, diiringi anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Nor, serta Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan isteri Tan Lean Kee.

Majlis berkenaan dimulakan dengan acara menghadap dan persembahan cenderamata.

Seri Paduka berdua turut mencemar duli untuk menanam pokok dan sesi bergambar bersama barisan exco kerajaan negeri, sebelum baginda mengambil tempat menyertai majlis santapan berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat Maghrib.

Seri Paduka berdua berada di Pulau Pinang sempena lawatan tiga hari sehingga Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2023 @ 8:37 PM