ZULKHAIRUDDIN yang dilaporkan hilang sejak 14 Mac lalu. FOTO ihsan polis
ZULKHAIRUDDIN yang dilaporkan hilang sejak 14 Mac lalu. FOTO ihsan polis
Amirul Aiman Hamsuddin


Sungai Besar: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 14 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, lelaki itu dikenali sebagai Zulkhairuddin Idris, 41, beralamat terakhir di Jalan Lama Kampung Panchang Bedena, di sini.

Beliau berkata, kes orang hilang itu dikendalikan Balai Polis Sungai Besar.

"Siasatan mendapati lelaki itu menggunakan motosikal SYM 185 berwarna hijau dengan nombor pendaftaran VGS 9576.

"Sehingga kini, dia masih belum ditemui dan tindakan pengesanan sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Agus Salim berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Timbalan Ketua Balai Polis Sungai Besar, Sarjan Mejar Frankie Pador di talian 03-32242222 atau 010-7722375.

Menurutnya, maklumat juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah Sabak Bernam di talian 03-32245963 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2023 @ 6:14 PM