BANGUNAN Parlimen di Kuala Lumpur. FOTO arkib NSTP
BANGUNAN Parlimen di Kuala Lumpur. FOTO arkib NSTP
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid

Kuala Lumpur: Beberapa Ahli Parlimen hari ini ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Md Nor kerana mengadakan 'mesyuarat' lain dalam sesi petang Dewan Rakyat.

Teguran itu dibuat oleh Ramli ketika Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 bertujuan memasukkan peruntukan kesalahan menghendap.

"Yang Berhormat kalau nak bermesyuarat di luar lah ye. Saya di sini boleh dengar apa cerita yang nak dicakap. Perkara 41 itu jelas," katanya ketika membuat teguran.

Terdahulu dalam sesi pagi, Ramli mengarahkan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) digantung selama tiga hari selepas kekecohan berlaku akibat pertikaian pindaan dua rang undang-undang menggunakan perkataan Bahasa Inggeris.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2023 @ 4:24 PM