KOMPRESO kompresor penghawa dingin yang dirampas. FOTO Ihsan PDRM
KOMPRESO kompresor penghawa dingin yang dirampas. FOTO Ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang Jaya: Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai mencuri kompresor penghawa dingin di sebuah rumah di Taman Rasmi Jaya, di sini, 19 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di tepi Jalan Ampang Putra jam 1.40 tengah hari.

Katanya, siasatan mendapati, suspek mencuri kompresor penghawa dingin itu ketika pemilik rumah tiada di rumah dan dijual dengan hanya RM90 kepada pasangan warga asing berusia 47 dan 56 tahun.

Katanya, wang itu digunakan untuk perbelanjaan hariannya.

Menurutnya, susulan penahanannya, polis kemudian menahan seorang lelaki dan wanita warga asing di sebuah rumah di Taman Permai Jaya semalam.

"Semakan rekod jenayah lampau dapati suspek lelaki tempatan itu memiliki 12 rekod jenayah lampau dan satu masih dikehendaki.

"Manakala suspek kedua dan ketiga pula tidak mempunyai rekod jenayah,' katanya kepada Harian Metro hari ini.

Beliau berkata, turut dirampas beberapa barang kes disyaki terbabit dalam kes ini.

"Kesemua suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya," katanya,

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mac 2023 @ 3:54 PM