Kanak-kanak dikenali dengan nama panggilan ‘Tolesidaran’ diserahkan orang awam di Balai Polis Lukut, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Kanak-kanak dikenali dengan nama panggilan ‘Tolesidaran’ diserahkan orang awam di Balai Polis Lukut, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Mohd Khidir Zakaria


POLIS menerima aduan seorang kanak-kanak lelaki didapati merayau seperti kehilangan ahli keluarga di kawasan medan selera di Lukut, Port Dickson, hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pada 5.30 petang, seorang awam menyerahkan kanak-kanak lelaki berbangsa India dianggarkan berusia lapan tahun itu selepas didapati merayau di sekitar medan selera itu sejak tiga hari lalu.

“Kanak-kanak itu dikenali dengan nama panggilan ‘Tolesidaran’ sudah tiga hari berada di kawasan itu dan diserahkan orang awam di Balai Polis Lukut.

“Semakan dan pertanyaan terhadap kanak-kanak ini dapati dia tidak mengenali ayah atau ibunya atau keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, polis sudah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memaklumkan kejadian kejadian berkenaan.

Menurutnya, kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Port Dickson untuk pemeriksaan kesihatan sebelum diserahkan kepada JKM.

Katanya, sehubungan itu, polis meminta orang awam atau keluarga yang mengenali kanak-kanak itu supaya menghubungi polis atau hadir di Balai Polis Lukut untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mac 2020 @ 9:15 PM