GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua untuk perkapalan yang berbahaya kepada aktiviti laut dan pantai sehingga Jumaat ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran cuaca itu kategori kedua dijangka angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj)dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (m).

Menurutnya dijangka di kawasan perairan timur Condore dan barat laut Reef North sehingga Jumaat ini yang mana keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

"Amaran kategori pertama, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 m dijangka di kawasan perairan barat Condore, utara Bunguran serta timur laut dan barat daya Reef North sehingga tempoh sama.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mac 2023 @ 4:26 PM