MENDIANG Laini  penderma kedua organ di Sabah tahun ini. FOTO ihsan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
MENDIANG Laini penderma kedua organ di Sabah tahun ini. FOTO ihsan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
Izwan Abdullah


Kota Kinabalu: Wanita yang meninggal dunia akibat kemalangan baru-baru ini menjadi penderma organ kedua di Sabah, tahun ini.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, mendiang Laini Lakat, 60, meninggal dunia di Hospital Ranau, baru-baru ini dan korneanya kemudian didermakan kepada dua pesakit mata melalui pembedahan transplan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini.

"Pihak keluarga memaklumkan kepada pihak hospital bahawa mendiang pernah berhasrat menderma organ setelah pemergiannya dan seluruh ahli keluarga terdekat menyokong hasrat murni itu.

"JKNS mengucapkan takziah dan merakamkan setinggi- tinggi penghargaan serta terima kasih di atas kemuliaan hati penderma dan seluruh ahli keluarga kerana memberikan anugerah kehidupan kepada pesakit yang memerlukan," katanya.

Beliau turut menyeru agar orang ramai tampil mendaftar sebagai pengikrar penderma organ melalui aplikasi MySejahtera dan memaklumkan hasrat itu kepada ahli keluarga terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2023 @ 12:33 PM