MAIPs menyediakan peruntukan zakat sebanyak RM7,219,800. FOTO Ihsan MAIPs
MAIPs menyediakan peruntukan zakat sebanyak RM7,219,800. FOTO Ihsan MAIPs
BERNAMA

Kangar: Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyediakan peruntukan zakat sebanyak RM7,219,800 untuk Bantuan Persekolahan MAIPs tahun ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agihan itu memberikan manfaat kepada 10,314 pelajar merangkumi 6,252 murid dan dan 4,062 pelajar di seluruh Perlis.

"Setiap mereka akan menerima agihan sumbangan RM700 yang disalurkan melalui kerjasama pihak pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu bapa Dan Guru (PIBG) di 103 buah sekolah di seluruh negeri ini," titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIPs hari ini.

Menurut kenyataan itu baginda yang juga Yang DiPertua MAIPs bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan MAIPs 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Februari 2023 @ 10:43 AM