Siti Nur Qurratul'aina Quddus

SYARIKAT pengeluar kelengkapan rumah dari Korea Selatan, Coway menjanjikan dunia tempat yang bersih dan selamat.

Coway juga mengutamakan pelanggan dari segi produk dan perkhidmatan bagi memastikan kehidupan seharian mereka lebih sihat.

Rata-rata orang dewasa di Malaysia mempunyai waktu kerja yang sangat lama sekitar lapan hingga 10 jam, malah ada yang lebih daripada itu.

Kekurangan waktu rehat mental dan fizikal seseorang boleh menyebabkan badan mereka lemah, lesu dan tidak bermaya pada keesokan harinya.

Bagi mendorong rakyat Malaysia untuk kekal sihat, Coway memperkenalkan kerusi urut yang direka khas untuk berehat dan mempunyai tahap senyap yang optimum.

Sebagai perbandingan, rata-rata kerusi urut di pasaran Malaysia mempunyai ciri dan fungsi yang seakan sama namun bagi kerusi urut keluaran Coway, ia mampu mewujudkan tahap keselesaan yang selanjutnya.

Justeru, Coway tampil dengan menyediakan pelbagai faedah dari segi urutan menyeluruh ke seluruh badan, kesenyapan yang tidak mengganggu semasa penggunaan dan pembayaran secara ansuran yang tidak membebankan pengguna.

Mengurut kontur badan dan liputan beg udara

Kerusi urut Coway direka dengan trek urutan berbentuk 'L' untuk memberikan pengalaman urutan seluruh badan meliputi leher sehingga glutes dan juga bahagian atas hamstring.

Kerusi urut senyap yang menyenangkan daripada Coway mampu melegakan sakit otot, memperbaiki peredaran darah ke seluruh badan, mampu meningkatkan tahap tenaga dan meningkatkan emosi.

Di samping itu, kerusi urut ini juga mampu mengurangkan tekanan dan kebimbangan minda seseorang apabila menikmati setiap urutan ke seluruh badan.

Tambahan, individu yang terbabit secara aktif dalam sukan juga boleh menyingkatkan masa pemulihan jika terdapat sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.

Image

Keistimewaan kerusi urut dari Coway ini adalah roda penggelek dan beg udara tambahan di bahagian betis yang mampu mencapai keseluruhan badan semasa mengurut.

Kerusi urut senyap ini menggunakan pelbagai teknik urutan melega tekanan untuk merangsang aliran darah ke seluruh otot dan tisu penghubung pengguna.

Justeru, tidak hairanlah Coway bakal memberikan pengalaman urutan untuk melegakan ketegangan yang terkumpul.

Image

Jimat ruang

Antara kelebihan lain kerusi urut Coway ini tidak akan memakan ruang yang besar jika diletakkan di ruangan dalam mahupun luar rumah.

Kebiasaan kerusi urut akan mengambil ruang yang besar apabila ia memulakan urutan seperti posisi baring di pertengahan sesi urutan, tetapi kerusi urut senyap Coway ini direka dengan efisyen untuk menjimatkan ruang.

Pengguna hanya memerlukan jarak maksimum lima sentimeter dari dinding supaya kerusi urut ini boleh berada di posisi baring ketika sesi urutan dijalankan.

Justeru itu, ia memberi kelebihan di mana setiap ruang yang digunakan tidak merosakkan dinding di rumah serta lapisan luar kerusi urut berkenaan.

Perkhidmatan penjagaan kerusi urut

Coway sememangnya terkenal dengan perkhidmatan servis untuk menjamin kualiti produkĀ  mereka, tidak kira penulen udara atau air, pelembut air malah kerusi urut ini juga mempunyai perkhidmatan penjagaan yang rapi yang dikenali sebagai perkhidmatan penjagaan tujuh langkah.

Pengguna kerusi urut ini tidak perlu risau kerana perkhidmatan penjagaan kerusi urut ini akan dilakukan oleh pakar profesional Coway bagi memastikan ia bersih dan sentiasa dalam keadaan sempurna.

Pakar profesional Coway akan membuka penutup kulit untuk membersihkan bahagian dalaman kerusi urut dan melakukan pembersihan menggunakan vakum lalu memasangnya semula.

Permukaan kerusi urut kemudiannya akan dibersihkan dengan menggilap kulit, pensterilan UV dan pakar profesional Coway akhirnya akan membuat pemeriksaan keadaan kerusi urut terbabit juga terdapat dalam servis perkhidmatan ini adalah penukaran foot covers setiap dua tahun.

Di samping itu, Coway juga menawarkan pembayaran bulanan secara ansuran bermula dari RM145 sebulan selama lima tahun dengan pengalaman yang terbaik sepanjang menggunakan kerusi urut senyap Coway.

Layari Coway untuk merasai diri anda yang baharu serta mengetahui lebih lanjut mengenai kerusi urut senyap dan pelbagai produk dan perkhidmatan daripada Coway.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Februari 2023 @ 12:31 PM