Muhamaad Razis Ismail


Kuala Lumpur: Berita baik kepada semua pelanggan Coway Malaysia apabila ditawarkan perkhidmatan tambahan secara percuma menerusi kempen 'Rasa Sayang' bermula Jun ini.

Pengarah Urusannya, Kyle Choi Ki Ryong berkata menerusi kempen ini, Coway Malaysia melancarkan lima perkhidmatan tambahan melalui perkhidmatan penyelenggaraan (Heart Service), penjagaan tilam, perancangan kesihatan, pemasangan, penempatan semula dan pembaikan produk.

Katanya, kempen ini dilaksanakan untuk menjadikan persekitaran menjadi lebih baik, bersihdan selamat ketika memerangi wabak Covid-19 di negara ini.

Menurutnya, untuk pengguna penulen air, dengan perkhidmatan penyeleggaraan (Heart Service), juruteknik akan menggunakan air pensterilan daripada alat Hi-Care 2.0 Coway untuk membersihkan dan mensterilkan tangki air serta bahagian lain pada penulen air pelanggan Coway.


"Selain itu, kita turut membantu mensterilkan barang lain di rumah pelanggan termasuk papan pemotong, beg, berus gigi dan sebagainya.

"Air disterilkan dapat menghapuskan 99.9 peratus bakteria dan E-Coli," katanya.

Tambahnya, bagi pelanggan Tilam Prime Series Coway, juruteknik Homecare akan menggunakan cahaya ultra-ungu untuk mensterilkan objek termasuk alat elektronik, permukaan dan barang yang sering disentuh termasuk kunci, telefon pintar, dompet, ruang tamu dan bilik tidur.

"Ini perkhidmatan tambahan di atas Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7 Langkah Coway.

"Juruteknik Homecare kami juga akan memberikan Perkhidmatan Pembasmian Kuman Coway di bilik tidur pelanggan," katanya.


Perkhidmatan Pembasmian Kuman Coway ini perkhidmatan tambahan untuk Perkhidmatan Penjagaan 7 Langkah Coway yang ditawarkan di Semenanjung dengan menggunakan empat bahan aktif iaitu Nano Silver (Ag), Sodium Hypochlorite (NaOCl), Hypochlorous Acid (HOCl) dan Benzalkonium Chloride (BKC) yang diiktiraf oleh US Environmental Protection Agency (USEPA) yang berkesan meningkatkan keseluruhan kebersihan, untuk memerangi Covid-19.

Ia terbukti secara klinikal dapat membunuh 99.9 peratus bakteria dan virus dalam masa hanya 10 saat dan adalah selamat untuk digunakan.

Beliau berkata, untuk pemasangan, penempatan semula dan pembaikan produk, juruteknik Coway sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk memakai sarung tangan, pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman serta menjaga penjarakan sosial.

"Sebagai langkah keselamatan tambahan, mereka akan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) terutama di kawasan berisiko tinggi seperti hospital," katanya.


Secara kebetulan, juruteknik Coway membuat kerja penyelenggaraan terhadap 300 penulen air disumbangkan Coway kepada 38 hospital di seluruh negara yang merawat pesakit Covid-19 sempena Hari Kesihatan Sedunia dan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk bersama-sama memerangi pandemik ini.

Dalam membantu orang ramai supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat, pengunjung kios Coway di pusat membeli-belah akan menerima cecair pembersih tangan dan pelitup muka tiga lapisan secara percuma daripada pakar perancangan kesihatan (Health Planner).

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Coway, sila layari www.coway.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 2:12 PM