Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Hatay, Turkiye: Biarpun terpaksa menempuhi kesesakan lebih tiga jam di kawasan merah, namun sukarelawan Muslim Care Malaysia (MCM) tetap menjalankan amanah yang diberikan rakyat Malaysia.

Mereka bukan saja menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa gempa bumi malah turut memberi semangat kepada individu yang terjejas.

Timbalan Pengerusi MCM, Mohd Johari Ismail berkata, pihaknya bertemu mangsa secara bersemuka di kawasan runtuhan dan bantuan diberikan secara terus.

"Ada di antara mangsa yang hilang segala-galanya, apabila kita bagi wang tunai mereka menangis kesyukuran, kebanyakan mangsa yang ditemui masih lagi trauma.

PENDUDUK setempat serta sukarelawan mengambil sumbangan bekalan makanan yang disediakan oleh NGO tempatan di Hatay, Turkiye. FOTO Aizuddin Saad.
PENDUDUK setempat serta sukarelawan mengambil sumbangan bekalan makanan yang disediakan oleh NGO tempatan di Hatay, Turkiye. FOTO Aizuddin Saad.

"Jadi kita berikan mereka sokongan kaunseling dengan bantuan rakan sukarelawan di sini, semuanya dipermudahkan, "katanya.

Mohd Johari berkata, pihaknya juga dibenarkan ke kawasan runtuhan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (Afad) Turkiye.

"Kita dapat lihat dengan jelas kemusnahan yang dialami mereka, hampir 90 peratus bangunan di kawasan ini musnah dan runtuh.

"Apa yang diharapkan ketika ini adalah sokongan dan sedikit bantuan buat mereka meneruskan hidup, "katanya.

PENDUDUK setempat serta sukarelawan mengambil sumbangan bekalan makanan yang disediakan oleh NGO tempatan di Hatay, Turkiye. FOTO Aizuddin Saad.
PENDUDUK setempat serta sukarelawan mengambil sumbangan bekalan makanan yang disediakan oleh NGO tempatan di Hatay, Turkiye. FOTO Aizuddin Saad.

Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun MAYBANK Muslim Care Malaysia 564490413882, Bank Islam 14014010147470, Bank Rakyat 1101744599 selain ke akaun Bank CIMB Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia 8604171675.

Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco untuk rekod dan dokumentasi melalui Hotline: 011-5005 0035 atau kepada Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail 016-997 8323 dan Setiausaha Agung MCM Ahmad Safuan Ujar 013-488 6447.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Februari 2023 @ 11:59 AM