GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nuraliawati Sabri


Melaka: Anggota komando dipercayai lemas ketika melakukan kursus juruselam di perairan Pulau Undan, di sini, petang hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Syakirin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.31 petang, sebelum dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Melaka Tengah bersama 16 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat dimaklumkan anggota tentera unit komando iaitu Lans Koperal Edrin Baintim, 25, dikhuatiri lemas bersama peralatan menyelam semasa menjalani kursus juruselam di kawasan perairan Pulau Undan," katanya.

Katanya, sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan pasukan bomba.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2023 @ 9:19 PM