TUANKU Muhriz
TUANKU Muhriz
Mohd Amin Jalil


Seremban: Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir mendahului senarai 540 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-75 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, esok.

Abdul Aziz dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima darjah sama, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik.

Tiga individu lain menerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Azizul Azmi Adnan; Pengerusi Perbadanan MAINS, Razman Hafidz Abu Zarim dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Shazril Imri Mokhtar.

Penghulu Luak Gunung Pasir, Hanizam Harun dan Pengarah Urusan Ting's Dental Surgery, Dr Ting Choon Ee serta Pro-Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin, Datuk Tunku Nooruddin Tunku Datuk Seri Shahabuddin, masing-masing menerima anugerah Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Datuk.

Seramai 11 individu menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk.

Mereka yang menerima DBNS ialah Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof; Pengerusi FMM Negeri Sembilan, T Arokiasamy; Presiden dan Pengarah Kumpulan Lexis, Chew Siok Cheng; Pakar Perunding Kanan merangkap Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, Dr H Krishna Kumar.

Selain itu, Pengarah Urusan Syarikat Lai Keen Choy Ent Sdn Bhd, Lai Keen Choy; Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Hartanah Sime Darby Property Bhd, Mohd Sohimin Mohd Alayedin; Pengarah Yayasan Negeri Sembilan, Muhammad Nazri Kassim; Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Roslee Rajikan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Rozita Sulaiman; Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof TS Dr Sharifuddin Md Shaarani; Bendahari Majlis Pimpinan Negeri, Sim Keng Piao; Pengarah Delima Sejahtera, Sulaiman Ahmad; Ketua Pegawai Semboyan ATM, Brig Jeneral T Azharan T Putra; Pengarah Cell Quest Sdn Bhd, Teong Long Hee dan Pengarah HTJ, Dr Zaleha Md Noor.

Tuanku Muhriz turut berkenan mengurniakan Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) kepada 16 individu dan pingat Darjah Pekerti Terpilih (DPT) kepada 22

penerima.

Selain itu, baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) kepada 69 penerima, Darjah Setiawan Tuanku Muhriz (STM/3), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC/139), Pingat Jasa Kebaktian (PJK/241), Bentara Tuanku Muhriz (BTM/14) dan Pingat Khidmat Lama (PKL) kepada 13 penerima.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan bagi sesi pertama akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti Kuala Pilah, dekat sini, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2023 @ 9:17 PM