Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di bangunan Umno Sabah malam ini.

Ketibaan Ahmad Zahid yang diiringi Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin disambut beberapa pemimpin tertinggi BN negeri ini.

Dipercayai satu pertemuan bakal diadakan bersama barisan pimpinan tertinggi BN negeri ini bagi membincangkan isu berhubung kemelut politik yang melanda di Sabah, baru-baru ini.

Jumaat lepas, dilaporkan Bung Moktar mengumumkan pihaknya menamatkan kerjasama membentuk kerajaan negeri Sabah yang dimeterai sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN mengecam tindakan Bung Moktar itu sekali gus mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah.

AHMAD Zahid (dua kiri) bersama Bung Moktar ketika menghadiri Majlis Makan Malam bersama Pemimpin Umno Negeri. FOTO Mohd Adam Arinin.
AHMAD Zahid (dua kiri) bersama Bung Moktar ketika menghadiri Majlis Makan Malam bersama Pemimpin Umno Negeri. FOTO Mohd Adam Arinin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2023 @ 9:51 PM