GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Hamzah Osman

Langkawi: Perkhidmatan feri bagi Langkawi-Koh Lanta, Krabi, Thailand, bakal beroperasi dalam tempoh terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, perbincangan awal berkaitan perkara itu dimulakan pihaknya, Jumaat lalu.

"Kerjasama itu dirintis ketika lawatan kerja Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Phiphat Ratchakitprakarn bersama 28 delegasi negara itu ke Langkawi minggu lalu.

"Pihak Thailand memohon kita mempertimbangkan perkhidmatan feri Langkawi-Koh Lanta yang mampu memberi manfaat kepada industri pelancongan kedua-dua negara," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Sesi Perjumpaan Penggiat Industri Pelancongan Langkawi di Kompleks LADA.

Nasaruddin berkata, cadangan operasi laluan baharu perjalanan feri ke destinasi berkenaan juga turut dipersetujui syarikat swasta.

"Kerjasama ini akan diperkukuhkan menerusi perbincangan peringkat lanjut bersama Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, Tourism Malaysia dan LADA," katanya.

NASARUDDIN (kiri) menunjukkan isyarat bagus selepas Sesi Perjumpaan Penggiat Industri pelancongan Langkawi di Kompleks LADA, Langkawi. FOTO Hamzah Osman
NASARUDDIN (kiri) menunjukkan isyarat bagus selepas Sesi Perjumpaan Penggiat Industri pelancongan Langkawi di Kompleks LADA, Langkawi. FOTO Hamzah Osman

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2023 @ 12:18 PM