ANGGOTA bomba melakukan pencarian dengan bot. FOTO Ihsan JBPM Selangor.
ANGGOTA bomba melakukan pencarian dengan bot. FOTO Ihsan JBPM Selangor.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kajang: Remaja lelaki terselamat, sementara bapa dan adik lelakinya dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di kolam takungan, Taman Cahaya, Sungai Chua, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 2.15 petang.

Katanya, dua pegawai serta lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Laporan awal membabitkan tiga mangsa iaitu bapa, 50-an, dan anaknya berusia 15 serta 18 tahun menaiki bot sebelum ia terbalik.

"Anaknya berusia 18 tahun terselamat, manakala dua lagi mangsa dikhuatiri lemas di mana anggaran kedalaman tasik adalah 30 meter," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2022 @ 4:38 PM