GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Siti Rohana Idris


Tanah Merah: Empat anggota polis dari balai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan kes samun dan cabul.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan pada malam Rabu lalu berhubung kejadian dan penahanan empat anggota yang berpangkat konstabel dan koperal segera dijalankan.

"Mangsa yang juga seorang wanita mendakwa mengenali tiga daripada lelaki itu yang memasuki rumahnya dalam kejadian pagi Rabu lalu.

"Semua suspek berusia antara 22 hingga 28 tahun dan hasil ujian saringan dibuat mendapati kesemuanya negatif.

"Permohonan reman akan dibuat untuk siasatan mengikut Seksyen 395 / 354 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2022 @ 6:43 PM