HAZMAN Edros. FOTO ihsan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh.
HAZMAN Edros. FOTO ihsan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh.
Nurul Hidayah Bahaudin


Sungai Buloh: Hospital Sungai Buloh giat mengesan waris bagi jenazah seorang lelaki warga emas yang tidak dituntut di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Bahagian Perhubungan Awam Hospital Sungai Buloh, dalam kenyataan, hari ini memaklumkan, lelaki terbabit adalah Hazman Edros berusia 62 tahun.

"Lelaki berkenaan adalah tahanan Penjara Sungai Buloh yang disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Sungai Buloh pada 5 Disember lalu.

"Pihak Jabatan Penjara sudah membuat pencarian waris bagi urusan pengebumian, namun tiada maklumat keluarga diterima," katanya.

Justeru itu, katanya, pihak Hospital Sungai Buloh memohon waris lelaki warga emas terbabit atau orang ramai yang mengenalinya dan waris supaya tampil memberikan maklumat dengan hadir ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Sungai Buloh.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Mumtaz Jehan Abdul Rashid di talian 03-61454333 sambungan 4286 dan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di talian 03-61454333 sambungan 3100," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2022 @ 6:03 PM