GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Amirul Aiman Hamsuddin

Kuala Selangor: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di daerah ini, setakat 11.10 pagi, hari ini bagi menempatkan mangsa banjir.

Ketua Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sireh, SK Bandar Baru dan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Bestari Jaya terus beroperasi.

Beliau berkata, 280 mangsa daripada 93 keluarga ditempatkan di tiga PPS terbabit.

"Jumlah mangsa di PPS SK Sungai Sireh kekal iaitu 111 individu daripada 37 mangsa, SK Bandar Baru (92 mangsa daripada 30 keluarga) dan Dewan MPKS Bestari Jaya (77 mangsa daripada 26 keluarga).

"Namun, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram sudah ditutup pada 10.30 malam tadi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2022 @ 12:17 PM