ANGGOTA APM memantau banjir di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya. FOTO Ihsan APM
ANGGOTA APM memantau banjir di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya. FOTO Ihsan APM
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Selangor: Seramai 43 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Bestari Jaya, di sini, semalam.

Pemindahan dilakukan berikutan rumah mereka di Kampung Rantau Panjang dilanda banjir sejak 11 pagi semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Mohd Khairul Sobri Abdul Rahim berkata, hujan lebat berterusan selama beberapa jam mengakibatkan air melimpah deras dan memasuki kediaman penduduk.

"Ketinggian air semasa kejadian adalah setinggi hampir satu meter.

"Setakat ini, seramai 43 mangsa masih ditempatkan di PPS itu membabitkan 29 lelaki dan 14 wanita," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, ketika ini cuaca dalam keadaan baik dan pemantauan berkala dijalankan pelbagai agensi di kawasan banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2022 @ 12:31 PM