LAPORAN terdahulu Harian Metro
LAPORAN terdahulu Harian Metro
Nuraliawati

Melaka: Bayi lelaki berusia setahun lima bulan yang cedera selepas dihempap pokok rhu tumbang dalam kejadian di Pantai Puteri, di sini, petang semalam, meninggal dunia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi berkongsi berita sedih itu menerusi laman sosial Facebooknya awal pagi tadi.

"Jam 1.30 pagi Kak Ina (Tuminah) mendapat panggilan daripada pihak Hospital Melaka bahawa adik Muhammad Zafran Ilman Bin Mohd Syazwan mangsa dihempap pokok telah kembali kepada sang pencipta sebentar tadi.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diharapkan ibu dan ayah serta keluarga tabah dengan dugaannya ini," kongsinya.

Media sebelum ini melaporkan, perkelahan lima sekeluarga bertukar detik cemas, apabila ibu dan bayi lelakinya berusia setahun lima bulan cedera dihempap dahan pokok rhu di Pantai Puteri, di sini, lewat petang Sabtu.

Kejadian dikatakan berlaku 6.30 petang, ketika wanita terbabit ketika itu sedang mendukung bayinya sambil melihat suami dan anaknya mandi.

Ketika kejadian, hanya ibu dan bayinya di kawasan berdekatan pokok rhu itu manakala suami dan dua anak lagi sedang mandi-manda di pantai.

Berita berkaitan

Ibu dan bayi cedera dihempap dahan pokok rhu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2022 @ 10:11 AM