Muhammad Saufi Hassan


Image

Sungai Buloh: Keadaan pusat penamaan calon bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh bertempat di Dewan Kenangan, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di sini, tenang dan penyokong parti bertanding mula memenuhi kawasan yang disediakan oleh pihak berkuasa.

Laluan utama di Persiaran Atmosfera yang menempatkan pusat penamaan calon turut ditutup kira-kira 100 meter daripada pintu pusat penamaan calon berkenaan.

Kerusi Parlimen Sungai Buloh dianggap 'kerusi panas' kerana dijangka pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin Abu Bakar, calon Pakatan Harapan (PH) Datuk R Ramanan dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Ghazali Md Hamin.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, kerusi Parlimen Sungai Buloh disandang oleh R Sivarasa daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 26,634.

Untuk rekod, pada PRU-14 yang lalu, daftar pemilih untuk Parlimen ini adalah 90,707 dan jumlah itu bertambah menjadi 158,090 bagi PRU-15.

Daripada jumlah berkenaan, 9.25 peratus pemilih adalah golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun.

PENGUAT kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam melakukan kawalan lalu lintas di jalan masuk ke Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling bagi penamaan calon Parlimen Sungai Buloh. FOTO Hazreen Mohamad
PENGUAT kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam melakukan kawalan lalu lintas di jalan masuk ke Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling bagi penamaan calon Parlimen Sungai Buloh. FOTO Hazreen Mohamad

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 8:30 AM