Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Image

Gombak: Lima calon kerusi Parlimen Gombak masing-masing dari Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Gerakan Tanah Air (GTA) dan parti bebas selesai menyerahkan borang penamaan calon di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu pada 9.30 pagi.

Penyandang kerusi itu Datuk Seri Azmin Ali dari PN, calon PH Datuk Seri Amirudin Shari, calon BN Datuk Megat Zulkarnain Omardin, calon GTA Aziz Jamaludin Mhd Tahir dan seorang calon parti bebas Zulkifli Ahmad sudah menyerahkan permohonan masing-masing.

Bagaimanapun, setakat ini pengacara sensasi, Azwan Ali yang mengumumkan untuk bertanding di parlimen berkenaan masih belum menyerahkan borang penamaan calon, pusat penamaan calon parlimen Gombak dijangka ditutup pada 10 pagi.

Azmin bersama penyokong PN. FOTO NSTP
Azmin bersama penyokong PN. FOTO NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 9:46 AM