Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Muafakat Nasional (MN) bukan sebuah parti politik sebaliknya ia adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar.

Penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa ketika memaklumkan perkara itu berkata, buat masa ini MN bukan sebuah parti politik.

"MN bukan sebuah parti politik. Ia adalah sebuah badan NGO berdaftar di bawah pendaftar pertubuhan secara rasmi dan sah.

"Tidak berbangkit soal MN menyertai pilihan raya. MN boleh diaktifkan untuk menjalankan aktiviti yang selari dengan perlembagaannya," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Terdahulu, terdapat laporan media mengatakan Annuar menubuhkan parti baharu iaitu MN selepas beliau tidak dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2022 @ 10:48 AM