MARZUANI Ardilla. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
MARZUANI Ardilla. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: "Tugas saya sangat berat untuk pertahankan Parlimen Ketereh kerana saya menggantikan Tan Sri Annuar Musa iaitu figura yang sangat hebat."

Demikian kata calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Ketereh, Marzuani Ardilla Ariffin.

Bagaimanapun katanya, dia akan menggunakan pengalaman dan mendapatkan tunjuk ajar daripada penyandang Parlimen Ketereh sepanjang tempoh berkempen.

"Untuk galas tanggungjawab dan memenangkan kerusi Parlimen Ketereh memang diakui satu kerja berat kerana selama ini rakyat lebih mengenali Tan Sri Annuar.

"Namun saya cuba galas tanggungjawab ini sebaik mungkin dan mengharapkan jentera Umno di Parlimen Ketereh membantu saya," katanya.

Ditanya sama hubungan beliau terjejas selepas menerima tawaran sebagai calon di kerusi berkenaan, Marzuani Ardilla berkata, hubungannya dengan Annuar tetap erat.

"Segala apa yang berlaku saya maklumkan kepada Annuar memandangkan beliau adalah Ketua Umno Bahagian Ketereh. Malah saya sudah memaklumkan perkara ini daripada awal.

"Alhamdulillah Tan Sri Annuar mahu saya bertanding seperti yang dimahukan pihak parti dan beliau juga memaklumkan akan membantu saya.

"Malah, kehadiran Tan Sri Annuar di Pejabat Perhubungan Umno hari ini ketika saya sedang mengisi borang pencalonan memberi semangat kepada saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2022 @ 3:42 PM