GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Norsyazwani Nasri


Sebuyau: Seorang pekerja Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Samarahan maut dipercayai disengat tebuan ketika melakukan kerja di loji air di sini, kelmarin.

Mangsa dikenali Hardy Edwin Lunggan, 42, beralamat di Kampung Merdang Lumut, Kota Samarahan.

Ketua Polis Daerah (KPD) Simunjan, Deputi Superintendan Wong Tee Kue yang mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu berkata, mangsa di percayai meninggal ketika dalam perjalanan mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Sebuyau.

"Pengesahan kematian dibuat Pegawai Kesihatan Klinik Sebuyau, Dr Abdul Halim Abdul Rahman pada jam 4.26 petang.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke hospital Simunjan untuk siasatan lanjut dan telah dituntut oleh ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2022 @ 10:27 PM