AMINUDDIN (kiri) dan Loke pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 Parlimen Seremban. FOTO Mohd Amin Jalil
AMINUDDIN (kiri) dan Loke pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 Parlimen Seremban. FOTO Mohd Amin Jalil
Mohd Amin Jalil


Seremban: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun tidak melihat cabarannya untuk mempertahankan Parlimen Port Dickson di tangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sebagai mudah.

Sebaliknya, beliau melihat ia sebagai suatu cabaran besar meskipun penyandang kerusi itu yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menang besar dengan majoriti 23,560 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, 24 Oktober 2018.

Aminuddin berkata, tiada sesiapa pun boleh mengatakan mereka boleh menang pilihan raya ini dengan bergaya.

"Semua orang tidak akan tahu apa akan berlaku pada PRU-15 ini disebabkan 30 peratus akan mengundi kali pertama, jadi sesiapa pun tidak akan berani mengatakan mereka boleh menang pada pilihan raya ini dengan bergaya.

"Tapi, kita di peringkat kerajaan negeri dan ahli-ahli Parlimen yang telah berkhidmat dengan baik tempohari di kawasan itu, menjadi perkara yang amat penting dan boleh menyumbang kepada faktor mencapai kemenangan.

"Penerimaan baik rakyat terhadap khidmat itu mampu memberi impak dan hari ini calon walaupun tidak besar (bukan nama besar) menjadi satu indikasi untuk mereka terus memilih (PKR) pada pilihan raya kali ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Parlimen Seremban di Dewan Orang Ramai Taman Coral Height Sikamat, di

sini, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman.

Pada Sabtu lalu, Anwar selaku Pengerusi PH mengumumkan Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat sebagai calon kerusi Parlimen Port Dickson selepas Anwar tidak berhasrat mempertahankan kerusi berkenaan dan bertukar ke kerusi Tambun di Perak.

Ini pertama kali Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR, bakal bertanding di kerusi Parlimen.

Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun Port Dickson dilihat sebagai kubu kuat PKR berdasarkan peningkatan Kerusi Parlimen Port Dickson dijangka bakal menyaksikan saingan lebih dua penjuru apabila desas desus Gerakan Tanah Air (GTA) dikatakan bakal meletakkan pelakon dan pengarah filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai calon gabungan itu manakala Barisan Nasional (BN) juga akan mengumumkan calonnya bagi kerusi berkenaan tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2022 @ 12:02 PM