AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin. FOTO Instagram Nurul Erwani Zaidi
AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin. FOTO Instagram Nurul Erwani Zaidi
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Keadaan kanak-kanak yang pernah menghidap barah mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin semakin sihat.

Perkembangan itu dikongsikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 27, menerusi Instagram (IG), semalam.

"My princess (Puteriku). Alhamdulillah Ainul Mardhiah sihat, cergas dan ceria.

"Cuma kadang-kadang tu kalau bad mood (emosi tidak baik), mengamuk sampai baling barang. Berat pun makin naik," tulisnya.

Perkongsian Nurul Erwani itu menggembirakan dan melegakan pengikutnya di Instagram (IG) yang menanti perkembangan terkini Ainul Mardhiah.

"Gembira tengok Ainul, moga sentiasa diberi kesihatan yang baik ya Ainul," tulis seorang pengguna IG dikenali lizaummidinie.

"Alhamdulillah, semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah, sayang Ainul," tulis seorang lagi pengikut dikenali Noorhayati Hj Sulaiman.

Pada 1 Ogos lalu, ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 27, berkongsi Ainul Mardhiah dilaporkan kritikal.

Sejak itu, Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani terus berkongsi perkembangan Ainul Mardhiah di laman sosial untuk makluman rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan anak mereka.

Kali terakhir Nurul Erwani berkongsi perkembangan Ainul Mardhiah di IG adalah pada 10 September lalu memaklumkan anak sulungnya itu sudah seminggu pulang ke rumah tetapi perlu dipantau sawannya.

Menurut rekod, Ainul Mardhiah pernah menjalani pembedahan di London, United Kingdom (UK) bagi membuang ketumbuhan 200 gram pada 2019 dengan bantuan pelatih pakar bedah warga Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2022 @ 1:03 PM