unifi Business akan terus bersama PMKS dan membimbing mereka dalam perjalanan digitalisasi mereka.
unifi Business akan terus bersama PMKS dan membimbing mereka dalam perjalanan digitalisasi mereka.

Unifi Business baru-baru ini melancarkan pelan baharu menarik dalam rangkaian penyelesaian perniagaannya untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia, yang akan membolehkan mereka mempertingkat dan mempercepatkan transformasi digital perniagaan mereka.

Dengan menawarkan solusi ekosistem menyeluruh perundingan, termasuklah penyelesaian digital yang lengkap, pasukan tempatan yang bertauliah dan sokongan untuk meningkatkan prestasi perniagaan melalui unifi Business Club (uBC). Kesalinghubungan, penyelesaian digital dan perkhidmatan khusus, unifi Business berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan digital pilihan bagi PMKS.

Pelan ini dicipta khas untuk pemilik perniagaan supaya mereka boleh menikmati lebih banyak penjimatan sehingga 24 bulan. Dengan hanya serendah RM139, mereka boleh mendapatkan unifi Business fibre serta unifi Cloud Storage dalam satu pelan khas untuk kegunaan perniagaan mereka.

Terkenal sebagai penyelesaian perniagaan yang tersusun malah dikuasakan dengan internet yang pantas dan stabil, bundle penyelesaian perniagaan ini merangkumi pelbagai kelajuan internet, bermula dari 100mbps hingga 800mbps.

Bundle penyelesaian perniagaan untuk mengembangkan perniagaan serta meningkatkan produktiviti yang ditawarkan adalah seperti berikut:

unifi Cloud Storage

Untuk membantu perniagaan menguruskan tugasan yang sering merumitkan seperti menyimpan maklumat penting, penyelesaian ini membawakan storan data yang fleksibel, selamat dan mudah diubah. Ia juga menyediakan akses untuk beberapa pengguna dan penyulitan selamat bagi meningkatkan produktiviti perniagaan. Dihoskan di dalam negara, di fasiliti Pusat Data Hijau TM yang diperakui, unifi Cloud Storage menyediakan ruang penyimpanan yang selamat untuk fail dan maklumat penting supaya perniagaan boleh memberi tumpuan kepada pembangunan dan keuntungan.

unifi eCommerce Hub

Direka untuk menghubung dan memaksimumkan peluang pertumbuhan dengan lancar, penyelesaian ini menawarkan platform tunggal dan bersepadu, dengan antara muka yang mudah digunakan. Usahawan boleh menyeragamkan saluran jualan luar talian dan dalam talian mereka, menguruskan inventori produk, pesanan, memantau jualan dan pendapatan serta menguruskan pertanyaan di media sosial. Mereka juga boleh membina laman web interaktif dan ciri pembayaran dalam talian serta rakan penghantaran yang tersedia.

Penyelesaian Keselamatan Siber

Untuk membantu PMKS melindungi perniagaan mereka daripada ancaman siber, penyelesaian yang mudah diguna dan dikendalikan ini membolehkan mereka menumpukan kepada perkara yang lebih penting – seperti menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan. Disokong oleh penyedia keselamatan siber terkemuka di dunia, penyelesaian ini melindungi maklumat yang penting buat perniagaan tanpa mengira tahap kemahiran teknologi maklumat (IT), justeru menawarkan Always On-Security for Always-On Businesses.

Mengulas mengenai penawaran baharu ini, Ketua Segmen PKS, unifi, Mohamad Yusman Ammeran berkata, PMKS adalah tulang belakang ekonomi negara dan mereka perlu memanfaatkan ledakan digital tepat pada masanya, yang memberikan peluang ideal untuk terus bergerak maju ke arah pertumbuhan lebih mampan.

"Pelaksanaan pendigitalan secara tepat adalah langkah paling wajar: unifi Business bersedia untuk membantu mereka kembali bangkit, kembali teguh dan mencapai keuntungan positif melalui penyelesaian digital yang inovatif," katanya.

Menurut penganalisis industri, membina kebolehan digital yang kukuh adalah penting dalam era terhubung hari ini dan ketiadaan elemen itu membawa kepada kegagalan bagi kebanyakan PMKS semasa pandemik.

Untuk kekal berdaya saing, perniagaan perlu memastikan produk dan perkhidmatan mereka tersedia secara dalam talian dan mengambil bahagian dalam pasaran eDagang tempatan dan serantau yang semakin berkembang.

Di peringkat domestik, nilai eDagang Malaysia melonjak sebanyak 22% kepada RM801 bilion pada tahun 2021 selepas mencatatkan pendapatan sebanyak RM658 bilion pada 2020 bagi tempoh Januari - September, menurut data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Memandangkan PMKS mewakili 97.4% daripada keseluruhan perniagaan di negara ini, mereka memainkan peranan penting dalam mengukuhkan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

Yusman menambah, unifi Business akan terus bersama PMKS, membimbing mereka dalam perjalanan digitalisasi mereka.

"Pasukan Perunding Perniagaan unifi kami yang bertauliah adalah satu lagi bukti komitmen kami untuk berkhidmat kepada PMKS. Mereka diperakui dengan Pensijilan Antarabangsa untuk Literasi Digital (International Certification for Digital Literacy – ICDL) dan akan menawarkan sokongan dan bimbingan secara berterusan.

"Pelbagai penyelesaian perniagaan kami untuk PMKS menggambarkan sokongan TM terhadap inisiatif kerajaan, seperti JENDELA dan MyDIGITAL, dan sejajar dengan peranan Kumpulan sebagai pemacu Digital Malaysia," katanya.

Semua pelanggan unifi Business akan dapat menikmati faedah sebagai ahli unifi Business Club (uBC), termasuklah akses kepada kandungan yang berkaitan dan terkini di portalnya (https://ubc.unifi.com.my).

Di sini, mereka boleh mendapatkan kandungan yang bermanfaat dan memberi inspirasi seperti webinar, bual bicara, sembang langsung, acara, tip perniagaan dan artikel untuk membantu mereka mengharungi dunia perniagaan.

Ahli uBC juga akan mendapat akses kepada bantuan kewangan, penggalak produktiviti, platform pemasaran digital, alatan dan program penglibatan komuniti yang disesuaikan dengan pelbagai keperluan perniagaan.

Sebagai tambahan kepada penyelesaian digital, PMKS kini boleh menikmati penjimatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran bundle Penyelesaian Perniagaan yang baharu, sila layari www.unifi.com.my/business/totalsolutions .

Yusman.
Yusman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2022 @ 7:01 AM